You Are Reading

0

HADIAH DARI ALLAH

Muhammad Aqil Bin Mustafa Monday, November 22, 2010
Saya mulakan coretan dgn bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yg kita semua tahu hadiah yang datang dari ALLAH sama seperti NIKMAT...mcm-mcm nikmat ALLAH yg kita perolehi,antaranya kehidupan,waktu,udara,keselamatan dan keamanan,cinta,pahala dan pelbagai lagi...
tetapi hadiah ALLAH yg di "HIGHLIGHT" kan pd kali ini ialah CINTA..perkara yg hangat sdg berlaku antara remaja-remaja zaman sekarang...mana-mana kita pergi.mesti heboh pasal cinta...sini cinta,situ cinta..

Cinta itu umpama hadiah dari ALLAH.Mesti kita suka dapat hadiahkan..mmmmmm,tetapi layakkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi Hadiah?? tepuk dada..tanya iman..Tentunya Pemberi Hadiah,malangnya sekarang "hadiah" lebih dicintai daripada "Pemberi Hadiah"..

Pujaan,sanjungan dan sikap mengangungkan cinta terutama sekali dalam nyanyian dan filem kadang kala sampai ke tahap seperti "mempertuhankan cinta".Seolah-olah cinta itulah segala-galanya.Pada mulanya dipuji,dipuja,berjanji sumpah setia....setelah dapat hilang segala kemanisan..

Cuba buka radio...mesti kita terdengar lagu yang diudarakan berunsurkan cinta.Cuba tengok VCD...pasti terpapar kisah cinta.Dalam kisah pahlawan..terselit soal cinta.Dalam soal sejarah...dibesarkan soal cinta..Bukannya saya meremehkan cinta,tetapi benarkah ia merupakan cinta sebenar yg kita dengarkan dan rasakan??Jika ia cinta sebenar tidak mengapa,bagaimana kalau ia bukannya cinta...

Bangkitlah wahai remaja,jgn persiakan waktu muda dengan cinta yang sia-sia..!!!!
Sekadar ini coretan saya,harap dapat dihayati dan difahami...SEKIAN..

SALAM..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 USAMAH BIN ZAID